SynergyMag7

Story of Mags7 - Along, Angah, Alang, Andak, Achik, Adik, Acu

...andai itu takdirnya...part 1

...Part 1...



 Pendiam. Begitulah tanggapan teman-teman terhadapku. Mungkin benar kerana aku sangat kurang bercakap. Tapi kadang-kadang ada yang beranggapan aku seorang yang sombong. Sedih jugak kalau ada yang beranggapan aku sebegitu. Tapi sebenarnya aku bukan sombong. Mungkin aku tak pernah bercakap dengan diaorang kot. Entah la.Tapi yang hairannya, bila aku masuk aje geng, mulut pot-pet tak pandai nak berhenti. Kalau boleh tak ada koma dan noktah, tatabahasa hilang kemana tapi tatasusila tetap dijaga la. Tapi nasib la geng-geng aku boleh dikatakan budak-budak baik la kan. Aku pun boleh tahan baik jugak la. Baik ke?.. Tapi biasa la, budak baik ni orang kata skema. Buat benda baik sikit orang cakap ‘pull on’, tapi kalau budak jahat buat kerja ‘mencabar’ sikit diaorang boleh puji berani.  Entah la aku pun pelik, dunia akhir zaman. 


Biasa la zaman remaja, cakap saja pasal couple, cinta, semua mesti buka mata luas-luas. Ada saja gossip budak ni dengan budak tu, budak tu dengan orang lain, budak ni baru clash, budak tu dah ada pakwe. Kitaorang pun tak terkecuali. Mana taknya, duduk kawasan asrama, mesti cerita sampai cepat dari berita. Sesekali betul jugak khabar angin tu,tapi bukan semua cerita tu betul. Ada saja tokok tambah penghurai cerita. Biasalah, dekat asrama puteri ramai penglipur lara, cerita yang asalnya pendek, tapi bila dah sampai dekat penglipur-penglipur lara yang tak bertauliyah ni, huh boleh jadi satu filem cerita Hindustan. Tapi betul kalau nak diibaratkan peribahasa, pokok takkan bergoyang kalau tak ada angin, tapi kalau kat asrama pokok bukan setakat bergoyang, dah nak tumbang pun. Haha…. Tu la punya hebat, cepat dan pantas gosip-gosip ni sampai. Kadang-kadang best jugak dengar ye la nak up to date la katakan. Nanti orang kata ketinggalan zaman pulak. Tapi bila dah lama-lama, sakit hati jugak dibuatnya mana taknya, semua keburukan orang dicanang sini-sana, macam dia tu semuanya baik.


           Nak dipendekkan cerita, aku dan geng-geng aku ni kurang la sikit bab-bab couple ni. Boleh dikatakan kami ni just minat-minat ja tapi tak sampai la bercouple-couple ni. Biasa la manusia dan lumrah alam akan tertarik kepada yang berlainan jantina. Tengok hensem, comei sikit dah naik angau dah. Inilah realiti kehidupan remaja. Asam garam remajalah katakan. Bukan masanya lagi nak pikir perkara-perkara macam ni, tapi sebagai perencah hari-hari remaja la katakan.




0 comments:

Post a Comment

About this blog

Followers