SynergyMag7

Story of Mags7 - Along, Angah, Alang, Andak, Achik, Adik, Acu

...andai itu takdirnya...part 2

PART 2

Uztazah  selalu berpesan “ Bukan tak boleh kita suka dekat kaum yang berlainan jantina ni tetapi ada batas-batasnya. Cinta adalah suatu anugerah Tuhan yang amat suci dan berharga sekali. Dan manusia dilahirkan dengan suatu perasaan yang ingin dicintai dan mencintai. Cinta juga merupakan sebagai penghubung kita dengan pencipta, penghubung antara kita dengan manusia dan peghubung kita dengan alam makhluk-Nya.  Dan tak normallah kalau seseorang tu tak suka langsung dekat orang lain, tu dah jadi kes lain tu”

        Macam tulah kata-kata ustazah waktu tazkirah hari Jumaat. Masuk ja bab-bab couple ni, budak-budak kaki tidur dekat belakang pun bukak mata luas-luas. Biasalah bab paling menarik selain bab perkahwinan. Lepas tu dengar la satu suara dari belakang “ Tapi ustazah kalau dah betul-batul minat nak buat macam mana. Takkan nak lepas kot”, menyampukla seorang puteri ni.

                Huh… soalan yang tak pernah terlepas kalau bincang pasal bab-bab ni. Aku pun berminat jugak la nak tahu. Kenapa??..hehehe… Allah knows. Hilang terus mengantuk. Bayangkan waktu-waktu tengahari macam ni dengar tazkirah, alamatnya ramailah yang syahid. Sebenarnya, soalan tu juga selalu bermain-main difikiran aku selama ini. Sebabnya…. aku juga ada minat dengan hamba Allah ni. Tah la macam mana boleh tersuka. Nama dia Ayie. Tapi aku tengok Ayie ni Alhamdullilah baik budi pekerti, dan yang paling aku tertarik sekali dengan dia sebab ikatannya dengan agama sangat kuat sekali. Kalau nak diceritakan di sini, pasti ada yang tidak setuju dan mengatakan aku saja nak buat alasan yang aku suka dekat Ayie hanya sebab kealimannya. Ye la budak sekarang ni semuanya tengok pada kehenseman, kekayaan. Tapi pandangan aku terhadap Ayie bukan pasal kekacakkannya, dan aku sendiri pun tak tahu pasal latar belakang keluarganya, kaya ke, anak datuk ke, anak pesawah ke, aku tak tahu dan aku tak kisah. Ayie lain, pandangan dia tentang agama, ilmu yang dia ada, hujah-hujah dia. Wah tak boleh lawan.   

                Lepas tu uztazah cakap “ Memang kita tak boleh menafikan naluri manusia tapi kita kenalah berhati-hati sebab syaitan paling suka bermain dengan naluri manusia. Kalau boleh kita doakan agar kita terhindar dari segala perasaan ni. Kamu semua masih muda. Dan belum sampai masanya kamu nak berfikir tentang segala hal-hal ni semuanya.”

                “Tapi macam mana kalau kita betul-batul suka pada kaum yang satu lagi ni ustazah” tiba-tiba ja dengar suara Edah. Eh.. ingatkan dah syahid si Edah ni. Ye la, aku sendiri pernah dengar dari mulut dia, sedap mulut je dia cakap dulu waktu tazkirah nilah waktu dia nak qada tidor. Ada ke patut. Naik hangin jugak aku, tazkirah benda baik, taman-taman syurga, boleh dia cakap macam tu. Tapi itulah, kalau bab-bab ni semua, pasti banyak soalan yang diajukan. Kalau bab-bab lain, semua angguk macam burung balatuk. Tanda faham la kononnya, padahal semuanya dah syahid.

                “Hah dah ada yang berkenan la tu”, suara Ustazah Mashitah tiba-tiba membuatkan semua puteri ketawa. Memang benar pun. Siapa la yang tak kenal Edah Edy. Tu la gelaran dari dulu sampai la sekarang. Jangan silap pulak, Edy tu bukan nama bapak dia tapi tu la nama pengarang hati, jantung, limpa, paru-paru dan segala organ yang setaraf dengannya. Dah heboh satu maktab yang diorang ni couple. Tak sah kalau nama dia tak disekalikan dengan nama si Edy tu. Bukan aku nak berpandangan serong, dia juga kawan aku, sedara seIslam dengan aku, tapi kalau dah selalu ke hulu ke hilir macam belangkas, aku pun tak tahu nak cakap apa lagi dah.

                “Bukan saya yang nak tanya ustazah, tapi kawan saya tu  yang duduk dekat depan tu. Ha tu ustazah, yang pakai baju hijau tu.”  Semua mata manghala pandangan mereka ke arah yang ditunjuk Edah . Huh.. baju hijau. Siapa la mangsa si Edah ni pulak. Siapa yang pakai baju hijau??. Eh.. bukan ke baju aku warna hijau. Ya Allah nak cari pasal betul Edah ni, ada ka patut dia tunjuk ke arah aku. Siap kau Edah balik bilik nanti, kena kau aku kerjakan. Darah dah naik ke muka, Irah yang duduk sebelak aku dah senyum-senyum. Apa hal pulak mak cik ni.

                Tiba-tiba Irah berbisik ke telinga aku, “ weh, muka kau dah merah la.. bila masa kau pandai pakai pemerah pipi ni. Hehe…”, weh ,makcik ni pun nak cari pasal ke?.. tapi sempat satu cubitan bersama jelingan maut sampai dekat Irah. Hampeh punya kawan.

                “Okeylah, tak kiralah siapa pun, tapi saya tahu perasaan ini akan hadir jugak nanti. Apa yang saya nak nasihatkan, jika benar-benar kamu semua berminat dengan seseorang yang bergelar kaum Adam ni, mintalah pertolongan pada-Nya yang Esa. Tak salah kita sukakan seseorang asalkan dengan niat yang baik dan jika benar-benar kamu suka, berdoalah semoga dia menjadi jodoh yang telah ditakdirkan untuk kamu. Tapi kamu mesti jelas, bukan ustazah nak menggalakkan kamu bercouple, tapi ustazah nak naluri yang lahir dalam diri kamu tu disalurkan dengan saluran yang betul. Kamu berdoalah semoga kamu mendapat jodoh yang baik. Walaupun kamu masih muda, tapi berdoalah. Semoga apa yang kamu doakan setiap hari akan dimakbulkan Allah. Dan jika dalam hati kamu sudah ada perasaan tentang seseorang, mintalah bantuan dari-Nya supaya  kamu dijauhi dari maksiat. Mintalah petunjuk dari-Nya. Simpanlah apa yang kamu rasa itu di dalam hati dimana hanya kamu dan Dia yang Berkuasa yang mengetahui segalanya. Insyaalah, jika dia jodoh kamu, suatu hari nanti tak kemana perginya.”


0 comments:

Post a Comment

About this blog

Followers